Carian anda

Rabu, 19 Mei 2010

Madu Lebah Asli















Pengenalan
Madu adalah cairan manis yang berasal dari nektar tanaman yang diproses oleh lebah pekerja menjadi madu dan tersimpan dalam sel-sel sarang lebahBerbagai kelebihan madu sebagai makanan berzat tinggi sudah diketahui sejak zaman nenek moyang kita lagi. Pada zaman dahulu, larutan madu bukan sahaja dijadikan sebagai sumber makanan, tetapi juga dijadikan sebagai pengawet yang luar biasa samada sebagai pengawet daging binatang buruan, sehingga kepada fungsi dalam murnifikasi jenazah yang bertahan ribuan tahun.Madu dihasilkan oleh lebah madu. Dalam satu koloni lebah madu, terdapat seekor lebah ratu, beberapa ratus lebah jantan, dan lebah pekerja yang bisa mencapai 100,000 ekor. Ukuran lebah ratu 2 kali lebih panjang dan 2,8 kali lebih berat dari lebah pekerja. Tugasnya hanya menghasilkan telur dengan jumlah 1000 hingga 2000 butir. Telur yang dikeluarkan setelah lebah ratu kahwin dengan lebah jantan menghasilkan lebah pekerja dan kadang lebah ratu baru. Bila dalam satu koloni ad dua lebah ratu, maka yang satu akan meninggalkan lebah jantan. Tugas lebah jantan hanya mengahwini lebah ratu. Kerana itu, umurnya pun pendek iaitu tiga bulan.Tugas utama lebah pekerja adalah mengumpulkan nektar atau tepung sari untuk membuat madu. Tugas ini amat menakjubkan kerana mereka mampu mencari bahan madu dari bunga mekar yang jaraknya mencapai beberapa kilometer dari sarang.Dalam keadaan tanpa muatan, seekor lebah boleh terbang dengan kecepatan 65 kilometer sejam. Sementara ketika membawa nektar, kelajuannya hanya sekitar 30 kilometer sahaja.

Khasiat Madu

A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

BAYI/KANAK-KANAK
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

REMAJA
a) Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

WANITA
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

LELAKI
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS)
a) Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

UNTUK SEMUA
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

IBU MENGANDUNG
a) Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandungdan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.

b) Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

ANAK DALAM KANDUNGAN
a) Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.

b) Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.

c) Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuhkuasa dalam madu asli.

d) Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.

e) Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
a) Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.

b) Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.

c) Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.

d) Mengelak dari kembung perut bayi.

BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.

2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.

2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.

3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.

4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)

5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.

6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.

7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.

8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.

9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

“MIRACLE ANTIBIOTIK”

SAPULAH MADU HUTAN ASLI JIKA ANDA
a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segeradan luka terlindung dari kuman.

b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas danlain-lain.

c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.

d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN
a) Makan bersama roti / biskut.

b) Bahan membuat kuih / kek.

c) Goreng atau panggang ayam.

Sifat Madu Asli
Semut bukan tak makan madu tetapi semut itu akan mati sebab madu itu panas melainkan semut tu dapat minum air cepat. Jadi biasanya instintcnya semut tak minum madu.


Madu tidak akan basi selama-lamanya

Warna madu berubah mengikut musim bunga pokok. Ada madu yang gelap dan ada agak cerah sedikit (Gelap sedikit dari warna minyak kelapa)

Kemanisan madu bercampur sedikit rasa masam dan apabila diminum, rasa asa berkuap / pressure dan panas sikit ketika melalui kerongkong

Ada madu yang pekat (tua) macam minyak pelincir (50-70w) dan ada yang kurang pekat (15-25) Tidak ada madu yang cair seperti air. Madu mudah mengalir tetapi apabila dituangkan, ia sukar diputuskan melainkan habis. (seperti gam)

Kalau simpan terlalu lama mungkin ada sedikit lapisan sediment iaitu bermacam mineral dan ash yang ada dalam madu. Ia tak akan berbekas pada container kacteramat nipis saja

Buih madu tidak putih tetapi kekuningan (kalau putih tu gula)

Benda terapung tu biasanya lilin dari sarang lebah

Madu tidak menyerap kertas, kalau disapu pada rokok, rokok masih menyala kerana tembakaunya kering

Jika dicampur bersama telur, telur akan menjadi tiga suku masak.

Cara Pengambilan

Orang Dewasa

2 sudu besar. 3 kali sehari (pagi, tghari, malam bagi minggu pertama)
Untuk minggu seterusnya, 2 sudu makan besar, 2 kali sehari (pagi dan malam)
Waktu yang sesuai: ( pagi sebelum sarapan, tghari sebelum/selepas makan. Malam selepas makan, seelok-eloknya masa hendak tidur. Selepas makan madu perlu disusuli dengan air)

Kanak-kanak
1 sudu teh, 2 kali sehari (pagi dan malam)

Bacalah selawat kepada rasulullah 3 kali mohon keberkatan Al-Quran dan Sunnah. Bagus untuk wanita mengandung dan bayi. Hanya gunakan sudu plastik/kaca/kayu. Jangan disimpan dalam peti ais.
Bagi yang mengalami masalah kesihatan, bergantung kepada individu itu sendiri tetapi secara umumnya yang sakit kena makan lebih.

Harga Sebotol Madu
Madu Lebah Biasa = RM35.00
Madu Lebah Tualang =
RM40.00

Amalan menyukai dan memakan madu merupakan amalan Rasulullah S.A.W. Madu lebah menjadi penawar untuk pelbagai penyakit terutama penyakit hati seperti yang dinyatakan didalam Surah An-Nahl Ayat 68-69.

Jadikanlah ia satu amalan harian kita semua.

Wallahu'alam